Join Bio-Asli.com Affiliate

You are welcome to
register as members:
Malaysia, Brunei, Singapore

and Others Country...

Monday, April 21, 2008

Herba Kucing Galak



Nama Tempatan: Kucing Galak

Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan :

Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh meliar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India. Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 - 1m. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya. Ianya di biakkan melalui biji benih dan memerlukan siraman yang cukup untuk memelihara kelembapan tanah, baja yang sesuai ialah baja organic. Kucing Galak mempunyai rasa pahit dan bersifat sejuk. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk mengubati penyakit.

Kandungan Kimia :

Kandungan kimia di dalam kucing galak mangandungi antibiotic, antiradang, pelawas kencing, sebagi anstrigen dan menghentikan pendarahan.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin

Penyakit yang di ubati

1. Disentri

2. Batuk

3. Muntah Darah

4. Pendarahan & Luka Luar

5. Asma

6. Bronkitis

7. Menambahkan Tenaga Batin.

No comments: