Join Bio-Asli.com Affiliate

You are welcome to
register as members:
Malaysia, Brunei, Singapore

and Others Country...

Thursday, June 26, 2008

Losyen Tangan dan Badan



Isi Kandungan - 120 mg

LOSYEN TANGAN DAN BADAN MINYAK KELAPA DARA

~untuk ANDA dan SEISI KELUARGA~


KANDUNGAN:

Minyak Kelapa Dara, Aqua, Asid Stearik, Gliserin, Trietanolamin, Beeswax
Asam Lemak Antiseptik, Cethyl Alcohol, Parfum, Lanolin, Parafin Wax, Propil Paraben, Metil Paraben
EDTA, BHT & Minyak Zaitun

CARA PENGGUNAAN

Sapukan losyen pada seluruh kulit tangan dan badan pada waktu pagi dan petang




KELEBIHAN LOSYEN TANGAN DAN BADAN MINYAK KELAPA DARA

Losyen tangan dan badan Minyak Kelapa Dara merupakan hasil Kajian terbaru yang berada dipasaran pada Mei 2008. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan gabungan ekstra Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids dan beberapa bahan yang kaya dengan vitamin E, A dan C mampu melindungi kulit dari kesan penuaan. Asam lemak antiseptik yang terkandung dalam Losyen Tangan & Badan Minyak Kelapa Dara juga mampu untuk melindungi kulit dari infeksi kulat dan bakteria perosak kulit. Secara asasnya losyen ini diformulasikan untuk penjagaan kulit supaya lebih halus dan cantik, melembut dan menghaluskan kulit, memberi kesegaran dan mengelakkan kedutan kulit, mengatasi masalah kulit kering dan bersisik, menghilangkan gatal-gatal kulit, mampu merawat jerawat dan jeragat.

Berikut adalah khasiat dan kelebihan losyen tangan dan badan minyak kelapa dara dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal:

- menganjalkan kulit yang telah melendut

- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit

- mengurangkan garis-garis halus

- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit

- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri

- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak

- melembutkan kulit - kulit kurang kasar dan kering

- merawat jerawat dari dalam

- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan

- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata

- melambatkan proses penuaan secara berkesan

Tuesday, April 29, 2008

Herba Misai Kucing



PENGENALAN

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba
perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Pokok Misai Kucing

Nama Tempatan : Misai kucing

Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus /stamineus benth

Nama Lain : Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,
Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Latin name : Orthosiphon spicatus

Famili : Lamiaceae

Keterangan:

Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20.

Kegunaannya

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Huraian
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.

Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 - 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 - 4 gram daun segar.

Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.

Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 - 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:

Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

Berfungsi untuk :

Kencing manis
Darah tinggi
Mengelak jangkitan saluran kencing
Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
Merangsang kesihatan prostate
Menggalak hormone testeron
Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
Arthritis
Reumatik
Nephritis
Arteriosclerosis
Mengurangkan kadar kolestrol
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan penyakit kardiovaskular
Anti kanser
Sakit jantung
Merangsang sistem imunasi

Herba Mas Cotek



PENGENALAN

Mas cotek atau nama saintifiknya, “ Ficus deltoidea ” dari famili “ moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea

Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Di Malaysia, telah dikenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis yang tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae. Walaupun begitu emas cotek bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Klasifikasi Mas cotek (Ficus Deltoidea)

Division
Magnoliophyta

Class
Magnoliopsida

Order
Rosales

Family
Moraceae

Genus
Ficus

Species
Ficus detoidea


Jenis Tanaman :

Mas cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang diatas pokok lain (epifit) dan biasa juga hidup kawasan perbatuan di pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek, antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. Ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap jenisnya mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.

Daun :

Daun mas cotek berbentuk lebar dan permukaannya licin berkilat. Tepi daun berombak dan garisan halus berwarna jingga. Dipermukaan atas daun, berwarna hijau muda. Manakala bahagian bawah daun pula hijau kejinggaan.

Batang :

Batangnya tumbuh menegak ke atas, bulat, licin, berwarna kelabu dan agak rapuh.

Buah :

Buahnya kelihatan bersegi dan menarik. Berbentuk hampir bulat dan bewarna hijau muda. Dihujung buah mas cotek terdapat tanda merah muda. Tunas batang pada buahnya pendek dan tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain

Pengkelasan mas cotek

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan tengah dan selatan semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

Secara tradisinya mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:

a) Mas cotek jantan

b) Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.

Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.

Kegunaan dan Khasiat Mas Cotek

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1. Mengeluarkan toksin dalam badan

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Sakit urat saraf

4. Gout

5. Kencing manis

6. Darah tinggi

7. Membuang kolestrol dan lemak

8. Buasir

9. Migraine /sakit kepala

10. Paru-paru berair

11. Pemulih tenaga batin

12. Sakit puan

13. Senggugut

14. Sakit pinggang

15. Keletihan

16. Masalah tidur

17. Rangsangan hormon lelaki

18. Mengecutkan rahim peranakan

19. Merapatkan pintu rahim

20. Sakit lutut

21. Mencantikkan dan melicinkan kulit

22. Demam/ Selesema

Amalan
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:

Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.

Thursday, April 24, 2008

Herba Lidah Jin



Pengkelasan saintifik :

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Asparagales
Famili : Ruscaceae
Genus : Sansevieria Thunb


Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.

Tumbuhan ini berherba pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.

Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.

Spesies yang terkenal ialah:

Sansevieria aethiopica
Sansevieria angustiflora
Sansevieria arborescens
Sansevieria aubrytiana
Sansevieria braunii
Sansevieria canaliculata
Sansevieria concinna
Sansevieria cylindrica
Sansevieria dawei
Sansevieria deserti
Sansevieria dooneri
Sansevieria ehrenbergii
Sansevieria fasciata
Sansevieria gracilis
Sansevieria grandicuspis
Sansevieria grandis
Sansevieria hyacinthoides
Sansevieria intermedia
Sansevieria kirkii
Sansevieria liberica
Sansevieria longiflora
Sansevieria metallica
Sansevieria parva
Sansevieria phillipsiae
Sansevieria raffillii
Sansevieria roxburghiana
Sansevieria senegambica
Sansevieria singularis
Sansevieria stuckyi
Sansevieria subspicata
Sansevieria suffruticosa
Sansevieria trifasciata
Sansevieria zeylanica
Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghasilkan serat; dari sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.

Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.

Penerangan

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan.

Sifat dan khasiat

Lidah mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.

Kandungan kimia

Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.

Bahagian yang di gunakan

Daun

Kegunaan

1. Flu, Batuk

2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)

3. Bengkak Akibat Terseliuh

4. Di Gigit Ular Berbisa

5. Bisul

6. Penyubur Rambut

Wednesday, April 23, 2008

Herba Gandarusa



Nama Tempatan: Gandarusa

Nama Saintifik: Justicia Gendarussa Linn
Nama Lain: Daun Rusa(Melayu), Bo Gu Dan(Cina),Gendarussa(English)
Famili: Acanthaceae
Lokasi Dijumpai:

Keterangan

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kurang 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau. Gandarusa berasa pedas, sedikit masam dan bersifat neutral.

Kandungan Kimia :

Bahan kimia yang terkandung dalam gandarusa ialah justicin, minyak asiri, kalium dan alkaloid yang sedikit beracun.

Kegunaan:

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Herba Cakar Ayam



Nama Tempatan: Cakar ayam

Nama Saintifik: selaginella doederleinii hieron

Nama Lain: Si Shang Be (china)

Famili:


Pengenalan

Cakar ayam mempunyai rasa manis dan bersifat hangat, ianya di biakkan melalui keratan batang, ianya perlu disiram dengan air yang cukup bagi memelihara kelembapan tanah, baja yang sesuai ialah baja organik. Seluruh bahagian tanaman ini sesuai di manfaatkan sebagai ubat.

Kandungan Kimia

Kandungan kimia di dalam cakar ayam belum lagi banyak di ketahui, namun ianya mengandungi antipiretik, anti-toksin, antikanser, menghentikan darah & pembersih darah.

Penyakit yang di ubati

1. Hepatitis

2. Ascites (Perut Busung)

3. Sirosis (Pengecilan Hati)

4. Infeksi Saluran Kencing

5. Radang Paru-Paru, Batuk, Serak, Bronchitis & Tonsillitis.

6. Kanser (Rahim, Paru-Paru Nasopharynx)

7. Rematik, Tulang Patah @ Retak.