Join Bio-Asli.com Affiliate
Wednesday, April 16, 2008
Herba Dukung Anak
Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri
Nama Lain : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India
Famili : Eurphorbiacea
Pengenalan
Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Berdaun jenis majmuk bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract (bahagian bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga, ia itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.
Kandungan kimia
1 - Geraniin
2 - Niruriside
3 - Phyllanthin
4 - Rutin
Kegunaan
Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.
Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.
Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum
Batuk: Air rebusan daun muda diminum
Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment